KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatat satu lagi kes positif Covid-19 baharu, menjadiakan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kini sebanyak 380 kes.
Kes baharu itu dicatatkan di Nabawan dengan daerah berkenaan kini merekodkan dua kes.
Statistik yang dimuatnaik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau turut menyaksikan seorang lagi pesakit telah sembuh dan discaj, hari ini.
Pesakit yang sembuh berkenaan adalah daripada Ranau dan daerah itu juga kini dikategorikan sebagai zon hijau selepas tiada lagi mencatatkan kes aktif.
Ini juga bermakna jumlah kes Covid-19 aktif dengan kebolehjangkitan kekal enam kes.

Selain Nabawan, daerah yang masih dikategorikan sebagai zon kuning termasuk Kota Kinabalu yang mencatat dua kes aktif manakala Tuaran serta Keningau masing-masing mencatat satu kes aktif.
Sementara itu, tiada kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini dengan jumlah korban kekal sebanyak tujuh kes iaitu empat di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau, Tambunan serta Keningau.
Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan kes Covid-19 selepas Kuala Lumpur yang merekodkan 2,445 kes, elangor (2,008), Negeri Sembilan (1,207), Johor (699) dan Sarawak (579).-http://beritasabah.com

More Stories
Remaja ditemui tergantung di tiang besi
DBKK sita barangan penjaja, gagal kemuka lesen sah
Guna dokumen palsu kemuka tuntutan, pengarah operasi institut latihan didenda RM60,000