TELUPID: Golongan pendidik di daerah ini digalakkan agar bergiat aktif dalam sukan bukan saja untuk manfaat kesihatan, malahan membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang itu.
Saranan itu dibuat Yang Dipertua Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Sabah(PSKPPS) Pejabat Pendidikan Daerah Telupid Tongod, Jamain Bakut.
Jamain yang juga Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah berkata, antara objektif penting penubuhan persatuan itu adalah menyokong kerajaan dalam usaha menggalakkan dan memajukan kegiatan sukan.
“Saya tahu ramai golongan pendidik daerah ini yang sangat aktif dalam sukan antara bola sepak, berbasikal, bola jaring, bola tampar, dart, ragbi, mendaki bukit, badminton dan sebagainya.
“Ada antara guru dan pegawai pejabat pendidikan turut mewakili negeri ini ke peringkat kebangsaan.
“Apabila warga pendidik sihat dan cerdas, ia akan memberi impak besar terhadap prestasi kerja mereka, sekali gus membantu meningkatkan pencapaian murid,” katanya pada mesyuarat agung persatuan itu, di sini, baru-baru ini.
Turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid, Primus Longkiad dan Timbalan Pengawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Jolius Ladsou.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan berkenaan, Tommy Amir, berkata mesyuarat itu diadakah sebagai memenuhi syarat berpersatuan yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Katanya, ia membincangkan mengenai penambahbaikan pengurusan agar fungsi persatuan lebih berkesan dan mencapai matlamat penubuhan.
Beliau turut menasihatkan warga pendidik agar berwaspada dakam melaksanakan aktiviti sukan dengan sentiasa mematuhi prosedur ditetapkan ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19.-http://beritasabah.com

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara