KOTA KINABALU: Datuk Hazani Ghazali dilantik sebagai pesuruhjaya polis Sabah yang baharu menggantikan Datuk Zaini Jass.
Hazani yang merupakan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan mengambil alih jawatan berkenaan daripada Zaini yang dilantik ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Zaini yang dilantik menjadi pesuruhjaya polis Sabah sejak Februari lalu itu akan meneruskan pemangkuan pangkat pesuruhjaya polis.
Sementara itu, Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am Datuk Ahmad Fuad Othman pula dilantik menggantikan Datuk Hazani sebagai Komander (ESSCOM) yang baru.
Difahamkan, semua pertukaran berkenaan akan berkuatkuasa pada 14 September 2020.-http://beritasabah.com

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad