KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini, menangguhkan keputusan bagi menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lepas, boleh dibicarakan di mahkamah.
Pesuruhjaya kehakiman, Leonard David Shim menetapkan 21 Ogos untuk keputusan berkenaan.
Pada 30 Julai, Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal mengumumkan mendapat kebenaran Tun Juhar untuk membubarkan DUN serta-merta bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari.
Musa sebelum itu mengumumkan mendapat sokongan 33 daripada 65 Adun untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.-http://beritasabah.com

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius