RAKYAT SABAH MEMILIH 26 SEPTEMBER

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusinya, Dr Azmi Sharom dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Dalam sidang media berkenaan, beliau turut mengumumkan 12 September sebagai tarikh penamaan calon manakala tarikh pengundian awal pada 22 September.

”SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai berhubung pembubaran DUN Sabah penggal yang ke-15.

”Sehubungan itu, SPR telah mengadakan mesyuarat khas pada hari ini daan menetapkan 1 pilihan raya umum DUN Sabah ke-16 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran mulai 31 Julai bagi mengisi kekosongan 73 kerusi DUN,” katanya.

Azmi berkata, sebanyak 64 pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi akan digunakan pada PRN nanti.

Beliau juga menyeru kepada bakal-bakal calon yang akan bertanding supaya mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang berkenaan dengan pejabat pegawai pengurus atau pejabat PRN Sabah sebelum hari penamaan calon.

”Bakal-bakal calon jiuga dicadang untuk membuat pembayaran deposit lebih awal bagi memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal serta berjalan lancar.

”Bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa kertas penamaan calon yang telah lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus hendaklah dikemukakan oleh calon atau penyokong serta pencadangnya pada hari penamaan calon,” katanya.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *