KES COVID-19 DI SABAH KHUSUSNYA DI KK DIJANGKA MENINGKAT

KOTA KINABALU: Kes Covid-19 di Sabah dijangka akan meningkat dalam tempoh terdekat.

Ia susulan pelaksanaan saringan besar-besaran di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Menggatal semalam.

Ia sekali gus akan menyumbang kepada pertambahan statistik kes baharu di daerah ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan,  kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah masih tinggi dengan 98.03 peratus biarpun kawalan pergerakan rentas sempadan telah ditarik balik.

Empat daerah di Sabah iaitu Kinabatangan, Sipitang, Kota Kinabalu dan Kota Belud mencatatkan pematuhan SOP yang tinggi iaitu dengan kadar 99 peratus.

Manakala, daerah Ranau mencatatkan pematuhan paling kurang iaitu 96 peratus.