KOTA KINABALU: 50 peratus pelanggan di meja makan masih kekal digunapakai di Sabah seperti termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini.
Sekiranya saiz meja untuk empat orang, hanya dua orang dibenarkan. Begitu juga meja untuk enam orang, hanya tiga pelanggan dibenarkan.
Pematuhan SOP di kedai makan penting bagi mengelakkan berlakunya kluster baharu di kedai makan seperti kluster Kupi-Kupi yang dikesan di kedai makan di Penampang.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Covid-19 negeri Sabah hari ini.
Mesyuarat telah memutuskan bahawa negeri Sabah masih menggunapakai SOP PKPB yang sedang berkuatkuasa sehingga 20 Dis.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ