SEBANYAK 761 KES DADAH DIREKODKAN DI LAHAD DATU

LAHAD DATU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu merekodkan 761 kes dadah sepanjang Januari hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut, IPD Lahad Datu telah membuat sejumlah  815 tangkapan.

Katanya, nilai rampasan keseluruhan pula mencatatkan sebanyak RM180,705 membabitkan dadah seberat 3,071.2 gram.

“Sehubungan itu, polis memohon kepada orang ramai supaya membantu menyalurkan maklumat berhubung aktiviti jenayah dadah di daerah ini untuk tindakan pembanterasan,” katanya.