[ad_1]
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana serangan keganasan oleh kumpulan pengganas atau ekstremis boleh berlaku di mana-mana sahaja.
“Ia perlu disekat segera sebelum terjadi sehingga mengancam nyawa dan keselamatan negara. Bukan masalah Daesh sahaja tapi juga kesan anasir yang esktrem yang tidak mengambil kira kepentingan negara dan rakyat mereka boleh buat apa saja untuk menimbulkan ancaman kepada keselamatan.
“Itu pengajaran, iktibar bagi kita New Zealand dianggap negara paling selamat, tetapi berlaku juga perkara-perkara yang tidak diduga dan banyak nyawa terkorban, ” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pasukan ´The Cops´ di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin hadir pada majlis sambutan Hari Polis ke-212 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diamanah untuk menyekat dan membanteras kegiatan keganasan di negara ini telah melaksanakan tugas dengan baik melalui beberapa langkah perisikan awal dan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
“Ada maklumat, tindakan tegas diambil supaya kumpulan seperti ini tidak dibiar begitu sahaja, pastikan pengaruh tidak merebak dan beri kesan buruk kepada negara, ” katanya.
Mengulas tentang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Muhyiddin berkata perkara itu belum dimuktamadkan walaupun pada prinsipnya ada keputusan dibuat oleh pihak kerajaan.
…..
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu