LEBIH 200 POLIS IPD KK DIKUARANTIN SEPANJANG PKP

KOTA KINABALU: Lebih 200 anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikuarantin manakala 50 lagi disyaki positif Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji bagaimanapun berkata, semua anggota dan pegawai terbabit sudah disahkan bebas dan betugas seperti biasa.

“Mengikut laporan terbaru, ketika ini seramai 25 anggota dan pegawai masih dikuarantin manakala hanya enam yang masih positif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di sini hari ini.

Habibi turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dalam usaha membanteras penularan pandemik Covid-19.