KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Isnin.
Menurut kenyataan MetMalaysia, di Sabah hujan lebat dijangka berlaku melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat serta Labuan hingga 21 Dis (Isnin).
Hujan lebat juga dijangka berlaku di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang bermula esok hingga lusa.
Kenyataan itu juga memaklumkan, ramalan cuaca yang sama juga berlaku di seluruh Kelantan dan Terengganu serta beberapa daerah di Pahang dan Johor sehingga esok.
Daerah yang dijangka terlibat di Pahang ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin sementara di Johor pula membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ