IBU PEJABAT JPN SABAH TUTUP PADA 24, 25 DAN 28 DIS

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Negeri Sabah ditutup pada 24 dan 25 Disember 2020 (Khamis dan Jumaat) sempena cuti umum perayaan Krismas.

Pengarahnya, Khairrul Aminus Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata si sini berkata, operasi di Ibu Pejabat JPN Sabah juga akan ditutup pada 28 Disember 2020 (Isnin) hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Para pelanggan yang telah mempunyai slot janji temu melalui sistem MyJanjiTemu hendaklah berhubung dengan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (PPP), JPN Sabah melalui nombor telefon di talian 088-488300, 088-488301 atau 088-488365 untuk maklumat lanjut/ tempahan slot baharu.

“Sehubungan itu, para pelanggan boleh berurusan di mana-mana pejabat JPN yang berhampiran seperti di JPN Cawangan UTC Sabah, JPN Cawangan Inanam, JPN Penampang atau JPN Tuaran bagi pelanggan yang berada di sekitar daerah Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan untuk memohon slot janji temu baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa.