Syukur, tahun ini tahun kedua kita cuti Krismas dua hari. Demikian hantaran facebook Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang yang dimuatnaik kelmarin.
Dalam statusnya itu, beliau memaklumkan inisiatif berkenaan direalisasikan oleh kerajaan negeri sebelum ini yang diterajui Warisan UPKO dan Pakatan Harapan untuk terus memperkasakan agenda perpaduan pelbagai agama dan kaum di Sabah.

“Pengumuman tersebut telah dibuat pada tahun lalu hasil daripada pembentangan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Terima kasih YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan seluruh kabinet negeri Sabah yang telah meluluskan cadangan tersebut.
“Setelah berpuluh tahun lamanya, kini rakyat Sabah boleh menikmati cuti Krimas selama 2 hari bersama dengan keluarga tercinta, seperti juga cuti perayaan Hari Raya dan perayaan Tahun Baru Cina. Terbekatilah,” ujarnya lagi.
Hantaran facebook Ketua Bahagian UPKO Beluran itu turut mendapat reaksi positif daripada netizen.
“Bukti keprihatinan kerajaan Warisan UPKO PH. Terpujilah Tuhan Yesus Kristus. Amen,” kata Louis Motusip.

“Terbaik daripada Kerajaan Warisan Plus. Kita mengenang jasa mereka sampai selama lamanya,” kata Charles Dalansing.

“Prihatin kerajaan Warisan Plus meluluskan cuti tambahan 1 hari Christmas andaimarong..teruskan perjuangan akan datang,” ujar Jalil Joseph.

Hantaran facebook Felix itu turut mendapat 187 sukaan, 27 komen dan dikongsi sebanyak 13 kali oleh netizen.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ