PKPD TELIPOK RIA TAMAT HARI INI

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria di daerah Tuaran, Sabah tamat hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan baki kes aktif di lokaliti tersebut semakin terkawal dan menunjukkan trend penurunan.

Sehingga 22 Dis, sebanyak 9,065 ujian saringan dilaksanakan dan secara kumulatif 806 kes positif direkodkan.

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPD di Taman Telipok Ria bermula 27 Nov sehingga 10 Dis dan kemudian dilanjutkan sehingga ke hari ini.

PKPD itu melibatkan sebanyak 3,400 unit rumah dan 18,000 penduduk.