21 SUSPEK DIKEHENDAKI ESSCOM UNTUK SIASATAN JENAYAH RENTAS SEMPADAN SERTA PENCULIKAN

KOTA KINABALU: Seramai 21 suspek dikehendaki kerana mempunyai kaitan atau terbabit dalam Jenayah Rentas Sempadan serta Penculikan.

Senarai nama tersebut termasuk lima penama baru diumumkan  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), hari ini.

Komander ESSCOM Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, senarai orang dikehendaki terbaru ini dikemaskini setiap enam bulan.

Senarai suspek yang dikehendaki ESSCOM

 “Semua suspek adalah merupakan warganegara asing yang disenaraikan sebelum ini termasuk lima penama suspek terbaru.

“Lima individu baru yang dikehendaki adalah Japs@Mujafar Sawadjaan, Mujimmar Sawadjaan @ Rasad, Mundi Sawadjaan, Wahad @ Talib dan Barah Udong @ Elvin,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Ahmad Fuad berkata, senarai ini adalah individu terbaru dikehendaki ESSCOM selepas lima daripada dikeluarkan.

Katanya, mengikut senarai sebelum ini, tiga daripadanya sudah ditembak mati dalam pertempuran dengan Pasukan Keselamatan manakala seorang lagi sudah ditangkap dan seorang lagi menyerah diri.

“Manakala 16 individu lain dalam senarai asal masih dikekalkan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh salurkan ke Pusat Operasi ESSCOM ditalian 089- 863181 atau 089-863016 atau menerusi aplikasi WhatsApp ditalin 013-8803585 dan 019-2305909,” kata Ahmad Fuad.