[ad_1]
Timbalan Menterinya Isnaraissah Munirah Majilis berkata kerjasama itu bagi mencari jalan dalam usaha memudahkan proses pengeluaran residu ‘Water Leached Purification’ (WLP) yang dihasilkan kilang Lynas dihantar ke Australia yang sepatutnya dilakukan sebelum September ini.
“Menteri (Yeo Bee Yin) telah menulis surat kepada rakan sejawatannya di Australia pada 26 Feb lepas untuk memaklumkan mengenai kerjasama ini bagi memudah cara pengeluaran sisa berkenaan dari Malaysia ke negara tersebut,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) berkenaan langkah diambil kerajaan dalam memastikan sisa buangan Lynas dikembalikan ke Australia.
Isnaraissah Munirah berkata pada masa sama, pasukan petugas yang ditubuhkan kerajaan juga sedang mengenal pasti prosedur dan instrumen antarabangsa berkaitan, untuk proses penghantaran keluar residu WLP itu.
Katanya ia akan mengambil kira semua aspek perundangan, keselamatan orang awam dan pekerja serta alam sekitar.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu