Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang mengambil kesempatan mengedar dadah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata kedua-dua suspek berumur 30 dan 50 tahun ditahan awal pagi kelmarin dalam satu serbuan dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Papar sekitar sini.
“Semasa diperiksa suspek memiliki dadah jenis syabu seberat 14.94 gram dan kedua-dua suspek dibawa ke IPD Papar untuk tindakan lanjut.
“Suspek kemudiannya disahkan positif dadah jenis ampetamine dan methapetamine sebaik menjalani ujian saringan air kencing,” katanya.
Menurutnya kedua-dua suspek ditahan dan direman di lokap IPD Papar dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952.
Katanya kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha PDRM, khususnya bagi IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar ini sepanjang tempoh PKPP.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk memaklumkan sebarang maklumat berkaitan dadah dan aktiviti jenayah didaerah ini kepada pihak PDRM, khususnya IPD Papar. -Utusan Borneo

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad