Setelah tiga hari menunjukkan penurunan kes positif baharu Covid-19, kes di Sabah hari ini meningkat sedikit kepada 61 kes dengan satu kluster baharu.
Kluster baharu iaitu kluster Jambatan 1 Bombalai, Kalabakan merekodkan empat kes baharu, dengan kumulatif 15 kes. Kes indeks bagi kluster ini telah mengadakan kenduri akikah di kediamannya pada 20 Feb lalu.
Daripada 41 kontak rapat yang disaring sejak 1 Mac, 14 orang didapati positif Covid-19.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, hari ini Beluran dan Putatan berubah dari zon jingga kepad zon kuning sementara Kudat berubah dari zon jingga ke zon merah.
Beliau berkata, daripada 61 kes baharu hari ini, Kota Kinabalu kembalu mencatatkan kes tertinggi dengan 11 kes, diikuti dengan Keningau (10), Tawau (8), Kudat (6), Kalabakan (5), Sandakan (5), Kota Belud (5) dan dua kes masing-masing di Kota Marudu, Penampang dan Nabawan.
Sementara itu, satu kes dicatatkan di Tuaran, Putatan, Kinabatangan, Tenom dan Lahad Datu.
Menurutnya, daripada 61 kes positif itu, sebanyak 41 kes dari saringan kontak rapat, saringan bergejala lima kes, saringan kluster baharu dan sedia ada sembilan kes dan enam kes adalah dari lain-lain kategori.
Kes pulih yang dilaporkan hari ini sebanyak 78 kes dengan bilangan kumulatif 52,546 kes. Manakala, kes kematian di Sabah kekal 381 kes.
Setakat ini, sebanyak 53,736 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 547 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 189 orang di hospital dan 358 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).
Terdapat 19 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan enam orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Bilangan keseluruhan katil di hospital dan PKRC di Sabah 4,901 katil dan peratus penggunaan adalah 11.16 peratus. – Borneo Today

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ