Covid-19: hari ini kes paling sikit di Sabah

Sabah hari ini mencatatkan kes positif baharu COVID-19 terendah iaitu hanya 29 kes sahaja berbanding jumlah kes harian sebelum ini.

Daerah Nabawan mencatatkan 11 kes baharu, sementara Tawau (7), Kalabakan (6) dan Keningau (2) dan masing-masing satu kes di daerah Kota Kinabalu, Sipitang serta Tambunan.

Daerah seperti Beluran, Telupid, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Tongod, Semporna, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan, Papar, Beaufort, Tenom dan Kuala Penyu tidak mencatatkan sebarang kes positif baharu.

Selain itu, tiada kluster baharu dicatatkan pada 15 Mac 2021. – Utusan Borneo