Tiga mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf yang dilaporkan berlaku di Perairan Pulau Tambisan, Sandakan, di sini, tahun lalu, berjaya diselamatkan polis Filipina, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, ketiga-tiga warga Indonesia terbabit diselamatkan selepas bot yang dinaiki mereka bersama seorang ahli Abu Sayyaf di Selatan perairan Pulau Tawi-Tawi berkenaan dikatakan mengalami kebocoran.
Difahamkan, pasukan polis Filipina yang menerima panggilan kecemasan itu terus melancarkan operasi menyelamat sebelum membawa keempat-empat mangsa ke pangkalan pihak berkuasa negara jiran berkenaan.
Menurut sumber, hasil siasatan yang dijalankan polis Filipina mendapati salah seorang daripada mangsa yang diselamatkan sebenarnya adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf.
Siasatan mendapati, tiga warga Indonesia terbabit adalah antara lapan mangsa culik yang dilakukan tujuh lelaki bersenjata pada 15 Januari 2020.
Bagaimanapun, tiga daripada mereka dilepaskan tanpa diketahui puncanya manakala seorang lagi mangsa terbunuh ketika kejadian berbalas tembakan dengan tentera Filipina.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan. – Asia Times

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ