Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, sedang giat mengesan tiga individu bagi membantu siasatan membabitkan dua kes berasingan.
Kes pertama membabitkan seorang lelaki dikenali sebagai Simon Gacou Fabian, 51, pemegang kad pengenalan 700904-12-5015 dan beralamat terakhir di Kampung Pantai, Jalan Haji Kudus, 87000 Labuan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan SPRM hari ini berkata, pihak SPRM turut cuba mengesan seorang lagi individu dikenali sebagai Mohd Arif Fuad Enggip Abdullah berusia 36 tahun membabitkan kes sama.
Mohd Arif adalah pemegang kad pengenalan 851016-12-5605 dan beralamat terakhir di Kampung Purak, 89600 Papar, Sabah.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Jennifer Christopher di talian 016-203 8172 / 088- 488381 atau menghantar emel ke alamat jennifer@sprm.gov.my,” katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Nazim AG Abdullah, berusia 45 tahun turut kehendaki membantu siasatan.
“Individu terbabit adalah pemegang kad pengenalan 760515-12-5403 dan beralamat terakhir di No.1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta supaya menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 / 088-488381 atau emel ke alamat rajin@sprm.gov.my,” katanya. – Asia Times

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ