[ad_1]
Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah kes baharu ini telah menjadikan keseluruhan kes yang dicatatkan sejak 1 Januari tahun ini sebanyak 2,173 kes.
“Terdapat lapan kematian disebabkan demam denggi yang direkodkan sehingga minggu ke-14 bagi tahun 2019 berbanding hanya satu kematian sahaja bagi tempoh yang sama untuk tahun 2018,” kata kenyataan itu.
Jabatan itu turut mengenal pasti satu kawasan ‘titik panas’ (hot spot) wabak denggi iaitu di Taman Pauh Indah (B1-B3) dari daerah Seberang Perai Tengah, sementara 19 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di negeri ini melibatkan lapan di daerah timur laut, tiga di barat daya, satu di Seberang Perai Utara dan tujuh di Seberang Perai Tengah.
Orang ramai dinasihati untuk terus bekerjasama membendung wabak ini dengan menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk dan mendapatkan rawatan segera jika mengalami tanda-tanda demam denggi seperti sakit badan dan sendi, muntah, ruam, demam dan kurang selera makan.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu