Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengalami kecederaan selepas tergelincir semasa mendaki Bukit Botak Sepanggar, di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 6.15 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi.
“Mangsa berumur 41 tahun dalam perjalanan menuruni bukit dalam keadaan cuaca hujan sebelum dipercayai tergelincir sehingga menyebabkan paha kanannya mengalami patah tulang.
“12 anggota dan pegawai kemudiannya melaksanakan operasi membawa mangsa turun menggunakan pengusung sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mengikut laporan awal, pasukan paramedik TLDM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi menyatakan kemungkinan besar kaki mangsa patah akibat kejadian tergelincir berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya operasi keseluruhan ditamatkan jam 7.19 malam. – Utusan Borneo

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad