8 mati dan 2,847 kes baru Covid-19 ini hari

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,847 kes baharu Covid-19 berbanding 2,341 pesakit pulih dan lapan kematian.

Ini menyaksikan 363,608 daripada 387,535 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala 1,415 kematian dicatatkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 22,512 kes aktif, dengan 125 daripada 260 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 748 kes.

Ia diikuti Sarawak (717), Kelantan (476), Kuala Lumpur (302), Johor (130), Negeri Sembilan (105), Pulau Pinang (89), Sabah (82), Perak (45), Kedah (44), Melaka (42), Pahang (39), Putrajaya (14), Terengganu (11) dan Labuan (tiga).

Perlis tidak melaporkan sebarang kes baharu.

Jumlah kes baharu itu membabitkan empat kes import dan 2,843 kes penularan tempatan.