Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu, berkuatkuasa 4 Mei.
Beliau akan menggantikan Abdul Hamid Bador yang akan bersara pada 3 Mei ini, selepas dua tahun memegang jawatan Ketua Polis Negara.
Surat pelantikan Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara yang baharu diserahkan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, hari ini.
Acryl Sani, 59, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Ogos tahun lalu bagi menggantikan Mazlan Mansor yang bersara wajib.
Anak kelahiran Petaling Jaya itu memiliki Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2 Februari 1986 sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP).
Beliau antara lain berpengalaman menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong