Yayasan WISDOM memohon Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan permintaan Persatuan Pembikin Video Muzik Sabah (SCORE) untuk menjadi pengumpul dan pengedar royalti berlesen.
Permintaan oleh lebih dari 300 komposer Sabahan untuk diberi kompensasi yang sewajarnya untuk gubahan mereka adalah pertimbangan yang sah dan SCORE telah melakukan tinjauan yang diperlukan untuk tuntutan mereka.
Berdasarkan data dari 2017 yang diberikan oleh SCORE, tarif pelesenan muzik untuk Malaysia di premis awam lebih dari memadai untuk membayar royalti kepada komposer dari Sabah.
Yayasan WISDOM berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan telah merugikan dan melakukan ketidakadilan terhadap komposer Sabahan sepanjang 30 tahun yang lalu.
Adalah sangat tidak munasabah bahawa komposer Sabahan menerima royalti serendah RM13 setahun. Untuk memburukkan lagi keadaan, pemungut lesen dan pengedar royalti [Pertubuhan Pengurusan Kolektif Malaysia (CMO)] tidak telus dan telah mengabaikan kebimbangan komposer Sabahan sejak sekian lama.
Mengorak langkah ke hadapan, Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah dengan melaksanakan salah satu pilihan berikut:
1. Dengan meminda Akta Hak Cipta 1987 yang sedia ada agar sebuah badan berkanun yang berasingan bagi negeri Sabah dapat dibentuk untuk mengawal IP sendiri.
2. Membuka parlimen dan membenarkan mereka bersidang untuk membolehkan pembentangan dan pembahasan undang-undang di bawah Perkara 76(A) Perlembagaan Persekutuan untuk mewujudkan badan berkanun bagi Sabah untuk perwakilan kuasa mengawal IP.
3. Bagi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk meluluskan permohonan oleh Music Rights Sabah Berhad (MRS) bagi menjadi badan berlesen untuk menguruskan pengumpulan dan pengagihan royalti dari premis yang menggunakan muzik mereka.
Ia adalah kenyataan bahawa orang Sabah gemar menyanyi. Kami juga merupakan komposer yang sangat berbakat, beberapa diantaranya telah menyertai pertandingan antarabangsa.
Lagu gubaham rakyat Sabah yang mencecah lebih 5000 buah selama ini adalah bukti kenyataan ini. Sabah mempunyai potensi yang besar untuk maju dalam industri kreatif.
Kerajaan Persekutuan mesti mempermudah kemajuan ini dan tidak menghalangnya.
Wilfred Madius Tangau Pengerusi Eksekutif WISDOM Foundation

More Stories
Suntikan Fiskal Perkasa Latihan Industri
Nuansa Percaturan Politik, Mencatur Politik, dan Politik Catur
16 November: Hari Yang Penting Untuk Sabah