Seorang kanak-kanak maut selepas dilanggar kereta pacuan empat roda di Pekan Donggongon di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian berlaku jam 1.50 petang di hadapan sebuah kedai roti.
“Hasil siasatan mendapati pemandu kereta pacuan empat roda berumur 40 tahun dalam perjalanan melalui kedai terbabit sebelum berhenti disebabkan pemandu menyedari terlanggar sesuatu.
“Pemandu kemudiannya memeriksa lokasi kejadian sebelum mendapati kanak-kanak perempuan terbaring di jalan raya sebelum bergegas membawa mangsa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Menurutnya hasil siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa berumur empat tahun makan bersama ibunya di sebuah jedai berhampiran dan tanpa disedari mangsa meluru keluar melintasi jalan sebelum berlakunya kejadian terbabit.
“Mangsa kemudiannya dimaklumkan meninggal dunia pada jam 4.10 petang semasa mendapatkan rawatan di HQE.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya sambil menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak di tempat awam berikutan risiko kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. – Utusan Borneo

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ