Covid-19 masih tinggi, ini hari ada 4,865 kes baru

PELABUHAN KLANG 10 DISEMBER 2020. Petugas kesihatan melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja warga asing di kawasan perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing. STR/FAIZ ANUAR

Kementerian Kesihatan melaporkan 4,865 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 479,421 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,743.

Ini diikuti Sarawak (512), Kuala Lumpur (477), Johor (407), Kelantan (406), Kedah (244), Pulau Pinang (220), Perak (160), Terengganu (156), Pahang (152), Negeri Sembilan (149), Melaka (127), Sabah (95), Putrajaya (9), Labuan (6) dan Perlis (2).