17 kluster baru Covid-19 termasuk tiga di Sabah

Kementerian Kesihatan mengesan 17 lagi kluster baharu Covid-19.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kluster setakat ini adalah 2,001.

Noor Hisham berkata, tujuh kluster melibatkan komuniti, tujuh di tempat kerja, dua aktiviti keagamaan dan satu daripada Kumpulan Berisiko Tinggi.

Kluster tersebut dikesan di Johor, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Labuan, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang dan Melaka.

Perincian kluster baharu yang dikesan hari ini adalah seperti berikut:

Kluster Jalan Pantai Port Dickson (Port Dickson) dengan 30 kes

  • Kluster Jalan Laman Setia Tujuh (Johor Bahru) dengan 11 kes
  • Kluster Redong Satu (Segamat) dengan 20 kes
  • Kluster Indani (Semporna) dengan 12 kes
  • Kluster Abaka (Tawau) dengan 38 kes
  • Kluster Melikai ( Kuala Penyu dan Labuan) dengan 17 kes
  • Kluster Taman Sungai Jelok (Hulu Langat) dengan 18 kes
  • Kluster Jalan Cemerlang Empat (Kuala Langat ) dengan 16 kes
  • Kluster Taman Kesang Indah (Jasin, Melaka Tengah dan Muar) dengan 26 kes
  • Kluster Industri Batu Berendam (Melaka Tengah dan Alor Gajah) dengan 13 kes
  • Kluster Lembah Keramat (Titiwangsa) dengan 10 kes
  • Kluster Industri Nibong Tebal (Seberang Perai Selatan dan Barat Daya) dengan 32 kes
  • Kluster Kepulauan Tumpat (Tumpat dan Pasir Mas) dengan 28 kes
  • Kluster Kampung Bakong Kecil (Pasir Mas) dengan 15 kes
  • Kluster Sungai Batu (Raub) dengan 27 kes
  • Kluster Jalan Bypass Kuantan (Kuantan) dengan 16 kes
  • Kluster Kampung Gau (Temerloh) dengan 16 kes

Jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 1,466, manakala 535 kluster masih aktif.