Seorang penduduk kampung yang terlantar di atas katil selepas terjatuh ketika mengangkat simen baru-baru ini telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Mangsa, Bondion Rantian cedera ketika melakukan aktiviti tersebut di rumahnya di Kampung Balabakan, Pekan Nabalu.
Pada kunjungan itu, Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) telah menyampaikan sumbangan kewangan untuk meringankan beban dan bagi tujuan pembelian ubat.
Beliau juga turut memberikan kata-kata semangat kepada Bondion agar kekal positif dan cepat sembuh.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad