Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau terus melayani rakyat yang dilanda musibah.
Baru-baru ini, Madius telah memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Ringan Ongking di kediamannya di Kampung Rongolis Tamparuli.
Meninggal pada usia 71 tahun, Madius turut menyampaikan ucapan takziah dan sumbangan ikhlas kepada keluarga mendiang.

Keprihatinan Madius turut mendapat perhatian netizen dalam muat naik gambar di laman facebook rasminya.
Kanil Dayou berkata, terima kasih DSP Wilfred Madius Tangau . Salam takziah kepada ahli keluarga yang di tinggalkan. Moga terus tabah.
“Syabas Datuk, teruskan menyantuni rakyat. Salam takziah buat keluarga mendiang, may her soul rest in peace,” komen netizen yang bernama Frank Frederick.

Seorang lagi netizen bernama Pbonda Halimah turut mengucapkan tahniah atas keprihatinan Madius.
“Tahniah datuk seri, teruskan mendekati rakyat terbaikkk,” katanya.
Setakat jam 10.00 pagi, status itu juga mempunyai 138 komen positif dan 416 sukaan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ