Kebakaran sebuah rumah di Kampung Guakon Tamparuli baru-baru ini telah menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.
Dalam kesedihan yang dihadapi, wujud sinar apabila nasib yang menimpa Ganam Lombou mendapat perhatian Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Beliau telah ditemui Madius pada Isnin lalu dan bagi penyerahan sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung.

Ganam berterima kasih atas sumbangan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) itu.
Dalam muat naik status facebook, Madius memaklumkan bahawa beliau nekad untuk singgah berjumpa dengan Ganam untuk menyalurkan sumbangan itu walaupun sedang bergegas ke sebuah upacara penghormatan terakhir seorang penduduk meninggal dunia.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ