Tempat shopping sama kilang tidak boleh beroperasi masa ‘lockdown’

A general observation at Starling Mall in Damansara Uptown, Petaling Jaya, shows that only the supermarket and a few F&B places are busy over one weekend during the conditional MCO. — YAP CHEE HONG/The Star

Semua pusat beli-belah akan ditutup sepanjang tempoh “lockdown” dua minggu kecuali pasar raya dan penjualan makanan dan minuman serta keperluan asas sahaja.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob juga berkata, sektor perkilangan tidak dibenar beroperasi sepanjang tempoh “lockdown” yang akan bermula 1 Jun ini.
Beliau bagaimanapun memaklumkan ada beberapa operasi kilang dibenarkan dengan jumlah pekerja tidak melebihi 60%.

Antara sektor perkilangan dibenarkan hanya aeroangkasa, pembungkusan dan percetakan hanya untuk makanan serta kesihatan.

Semua premis makanan termasuk gerai dibenarkan beroperasi sepanjang ‘lockdown’ tetapi hanya untuk pembungkusan dan penghantaran seperti telahpun dilaksanakan mengikut perintah kawalan pergerakan (PKP 3.0) sejak 12 Mei lalu.

Dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Ismail berkata tadika swasta, pusat penjagaan harian dan sekolah, selain pasar malam serta pasar tani turut tidak dibenarkan beroperasi,

Bagaimanapun, dobi, klinik veterinar dan kedai cermin mata boleh beroperasi.

Sektor pertanian, ternakan, perikanan, perladangan dan komoditi juga boleh beroperasi selain yang terlibat dalam rantaian bekalan.

Katanya semua sektor ekonomi yang berkaitan dengan perkhidmatan perlu boleh beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Berikut adalah perincian 17 sektor ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘lockdown’:

  • Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
  • Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
  • Air
  • Tenaga
  • Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
  • Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
  • Pengangkutan melalui darat, air atau udara
  • Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
  • Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
  • Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
  • Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu)
  • E-dagang dan teknologi maklumat
  • Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
  • Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
  • Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  • Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
  • Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu