Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau akan meminta Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) untuk mengalihkan talian elektrik yang terlalu dekat dengan tapak binaan Astaka Kiulu.
Menurutnya, beliau akan memaklumkan perkara itu dengan segera kepada pihak SESB bagi mengelakkan tragedi renjatan elektrik berulang semula di kawasan pembinaan.

Jumaat lalu, seorang kontraktor meninggal dunia selepas difahamkan tangga yang digunakan tergeser dengan kabel elektrik semasa kerja-kerja dijalankan di tapak pembinaan astaka.
Dalam pada itu, Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang hari ini.

Beliau turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Jamir Godon di Kampung Bombon Poturidong.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ