Madius minta SESB alihkan talian elektrik, elak renjatan maut berulang di Kiulu

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau akan meminta Sabah Electricity SdnBhd. (SESB) untuk mengalihkan talian elektrik yang terlalu dekat dengan tapak binaan Astaka Kiulu.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan perkara itu dengan segera kepada pihak SESB bagi mengelakkan tragedi renjatan elektrik berulang semula di kawasan pembinaan.

Madius meninjau tapak pembinaan Astaka Kiulu

Jumaat lalu, seorang kontraktor meninggal dunia selepas difahamkan tangga yang digunakan tergeser dengan kabel elektrik semasa kerja-kerja dijalankan di tapak pembinaan astaka.

Dalam pada itu, Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang hari ini.

Madius memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Jamir

Beliau turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Jamir Godon di Kampung Bombon Poturidong.