Ahli Parlimen Tuaran sampaikan 80 beras kepada wakil penduduk di PDM Tambalang

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyampaikan bantuan beras kepada 80 penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelmarin.

Penyampai disampaikan kepada wakil-wakil penduduk di PDM Tambalang di salah sebuah kediaman mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Dalam muat naik status di laman facebooknya, Madius memaklumkan, penduduk tersebut masih belum menerima bantuan.

“Dalam hati, saya ingin memberikan lebih banyak lagi. Apakan daya, sebagai Ahli Parlimen Pembangkang, dana kita terhad. Saya berusaha untuk memberi yang termampu.

“Rasa lega sedikit dapat memberi 80 penerima. Kita sampaikan kepada wakil. Kawan-kawan jangan risau, kita buat penyampaian dengan penuh SOP.

“Doakan agar saya dapat membantu lebih banyak lagi mereka yang terkesan,” ujar Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu lagi.

Muatnaik itu turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Sehingga pukul 8.00 malam tadi seramai status itu mendapat 389 sukaan, 57 komen positif dan 39 perkongsian.