Tanpa mengira masa, Ahli Parlimen Tuaran terus prihatin terhadap nasib rakyat

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau terus prihatin terhadap nasib malang yang menimpa rakyat.

Ia bukan sekadar terhadap mereka yang mengalami kesusahan bekalan makanan pada pandemik ini, tetapi juga yang berhadapan kesedihan akibat pemergian ahli keluarga tercinta.

Pada Jumaat lalu, Madius telah berkunjung melawat kediaman Haron Silungan di Kampung Sungai Damit, Tuaran.

Keluarga ini masih bersedih atas pemergian anak tercinta Allahyarham Nasir Haron, 42 tahun yang baru dikebumikan pada 1 Julai lalu.

Ketika ditemui, keluarga ini masih berkabung atas pemergian anak mereka.

Madius menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Aziman di Kampung Bundung Tuaran

Pada hari yang sama, Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut mengunjungi keluarga bersedih atas nasib yang sama di Kampung Bundung Tuaran.

Mereka sedang meratapi pemergian ahli keluarga tercinta Allahyarham Aziman @ Samuel Bansayan.

Dalam kunjungan terhadap kedua-dua keluarga yang masih berdukacita ini, Madius turut menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban , serta mengucapkan salam takziah atas situasi sukar yang dihadapi.