Sekurang-kurangnya 10 rumah penduduk Kampung Keniogan, di Beluran, musnah selepas dibadai ribut kencang dalam kejadian yang dilaporkan berlaku, petang semalam.
Angin ribut dan hujan lebat yang dikatakan mula ‘mengganas’ kira-kira jam 5 petang itu turut menyebabkan beberapa tiang elektrik di kampung berkenaan tumbang.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, kejadian angin kencang itu kebanyakannya menyebabkan kerosakkan bumbung rumah penduduk.
Katanya, seorang penduduk kampung melaporkan rumah yang didiami mengalami kerosakan sehingga 50 peratus akibat diterbangkan angin.
“Dalam kejadian ini, bekalan elektrik keseluruhan kampung juga terputus akibat tiang elektik yang tumbang.
“Selain itu, terdapat juga pokok tumbang yang mengakibatkan papan tanda sekolah kampung berkenaan rosak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kasim berkata, kejadian sudah dimaklumkan kepada agensi berkaitan untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Katanya, setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. – Asia Times

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ