Ahli Parlimen Tuaran beri sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tenghilan

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, menyampaikan bantuan kepada sebuah keluarga yang terlibat dengan tragedi kebakaran di Kampung Tinuhan Tenghilan.

Dalam muat naik status hari ini, madius berkata kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada litar pintas.

“Pada Isnin lalu, saya telah melawat sebuah keluarga yang mengalami tragedi kebakaran rumah. Kejadian di Kampung Tinuhan Tenghilan. Pemilik rumah saudara Leong Yun Hing dan isteri Linda Nydia Apok. Saya difahamkan kebakaran berlaku dalam sekitar 25 minit.

Keadaan dalaman mengalami kemusnahan akibat kebakaran

“Jiran dan orang kampung bertungkus lumus membantu untuk memadamkan api sehingga bomba sampai. Kebakaran dipercayai berpunca daripada peti sejuk yang mengalami litar lintas,” katanya.

Ujar Madius, mujur ada seorang jiran bertindak cepat mecabut fuse utama mematikan bekalan eletrik bagi mengelakkan kebakaran merebak ke rumah sebelah.

“Syukurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Saya sampaikan sumbangan untuk ringankan beban,” katanya.

Muat naik status itu turut mendapat reaksi positif daripada kalangan netizen dengan mendapat 249 sukaan.