Kementerian Kesihatan melaporkan 138 kes kematian, tertinggi yang direkodkan setakat ini, sementara 908 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dalam tempoh 24 jam lalu.
Sebelum ini, angka kematian tertinggi dilaporkan pada 8 Julai iaitu 135 kes.
Sementara itu, 12,528 jangkitan kes harian dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 905,851.
Seramai 6,629 pesakit dilaporkan pulih, menjadikan keseluruhan 779,171 pesakit sembuh, manakala angka korban pula meningkat kepada 6,866 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 119,814 kes aktif di seluruh negara dengan 425 daripada 908 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Selangor kekal merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 4,985.
Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 1,740 kes, Negeri Sembilan (1,280), Kedah (701), Sabah (647), Johor (625), Melaka (569), Perak (428), Pulau Pinang (396), Sarawak (388), Pahang (317), Kelantan (211), Terengganu (177), Putrajaya (41), Labuan (22) dan Perlis (satu).
Daripada kes yang dilaporkan, sebanyak 12,508 adalah kes tempatan manakala baki 19 adalah kes import.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad