Madius kerah lebih 500 ahli UPKO undi DAP

WATIKAH…. Vivian menerima watikah calon daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

SANDAKAN: UPKO sudah bersedia membantu memenangkan calon DAP, Vivian Wong dalam pilihanraya kecil Sandakan pada 11 Mei ini.

“Tiga bahagian UPKO, yang berjiran dengan Sandakan, serta para ahli Majlis Tertinggi parti akan meneruskan pelayanan, turun padang, berusaha supaya kita beroleh kejayaan,” kata Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

UPKO Libaran mempunyai 422 ahli yang mengundi di Sandakan manakala Kinabatangan dan Beluran ada lebih 100 ahli yang berdaftar sebagai pengundi di Sandakan.

“Kami kenal ahli-ahli UPKO disini dan kita bersiap sedia melaksanakan strategi, sekali gus membantu kemenangan calon DAP kelak; saya gesa ahli UPKO mengundi calon Kerajaan dari DAP,” tambah beliau.

Libaran diketuai Dr Peter Jr Naintin, Kinabatangan oleh Datuk Johnny Intang dan Felix Joseph Saang di Beluran.

Tangau, presiden UPKO dan Timbalan Ketua Menteri, yakin Vivian, 30, mewarisi aura kepimpinan ayah beliau, mendiang Datuk Stephen Wong kerana memang pun dalam pelayanan politik sebagai Setiausaha Perhubungan Awam kepada mantan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Bandar yang meninggal pada 28 Mac lalu.

Dr Peter berkata UPKO akan mengadakan petang esok (Jumaat) satu majlis bersama dengan ahli UPKO yang mengundi di Sandakan.

TEAM UPKO …. Tangau (tengah) bersama (dari kiri) Benson Inggam, Datuk Johnny, Datuk VK Liew dan Dr Peter semasa penggumuman calon DAP pagi tadi