KOTA KINABALU: Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini menjelaskan bahawa sememangnya UPKO ingin mengembalikan wang RM1 juta yang diterima parti itu daripada bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana akaun parti berkenaan telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“UPKO sememangnya ingin mengembalikab wang RM1 juta yang diberikan kepada UPKO oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana akaun UPKO telah dibekukan sejak kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan,” katanya sambil menambah bahawa pembekuan tersebut adalah berikutan siasatan SPRM berhubung kes berkenaan yang membabitkan bekas Perdana Menteri itu.
Madius yang juga adalah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah seterusnya menjelaskan bahawa UPKO tidak pernah membelanjakan wang tersebut.
“Wang itu sepatutnya digunakan bagi program Jalinan Kasih tetapi tidak dapat dijalankan memandangkan jumlah itu sebenarnya tidak mencukupi jikalau kita ikut cara bagaimana Umno menjalankan program tersebut. Oleh itu, wang tersebut kita simpan dalam akaun simpanan tetap parti,” ujar beliau.
Beliau juga berkata ada memberitahu SPRM bahawa beliau boleh mengembalikan wang tersebut dengan menggunakan cek sekiranya akaun parti tidak lagi dibekukan.
“Bagaimanapun, SPRM enggan berbuat demikian. Maka itu Upko terpaksa mencari jumlah yang sepatutnya dikembalikan melalui sumber lain,” katanya.
Dengan pembekuan akaun parti, katanya Upko terpaksa meneruskan operasi secara ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

More Stories
Calon UPKO Norfadzlina Ramsah terbaik wakil rakyat baharu DUN Labuk
Tanjung Aru Voters at the Heart of Dennison Indang’s Vision for Change
A strategic discussion in Malaysia’s Sabah