Kementerian Kesihatan melaporkan rekod tertinggi 19,819 kes baharu Covid-19 dan 257 kematian dalam tempoh 24 jam lepas.
Rekod terdahulu ialah 17,786 kes yang dicatatkan Sabtu lalu dan 219 kematian pada Isnin lalu.
Sebanyak 12,704 kes pulih direkodkan, menjadikan keseluruhan 962,733 daripada 1,183,110 pesakit Covid-19 sudah sembuh, manakala 9,855 lagi meninggal dunia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 210,522 kes aktif, dengan 553 daripada 1,069 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 8,377 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (2,467), Kedah (1,371), Johor (1,162), Kelantan (1,003), Sabah (949), Pulau Pinang (867), Negeri Sembilan (800), Perak (662), Pahang (558), Sarawak (552), Melaka (508), Terengganu (481), Putrajaya (46), Perlis (11) dan Labuan (5).
Kelantan dan Pulau Pinang mencatatkan rekod tertinggi untuk jumlah kes harian Covid-19.
Daripada jumlah kes baharu itu, 23 ialah kes import dan baki 19,796 kes penularan tempatan membabitkan 16,770 warganegara serta 3,026 warga asing.
Daripada 257 kematian itu, 226 ialah warganegara dan 31 lagi warga asing, dengan semua kecuali 51 orang mempunyai sejarah penyakit lain dan 21 orang hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.
Selangor terus mencatatkan angka korban tertinggi dengan 91 kematian, disusuli Kuala Lumpur (74), Johor (25), Melaka (24), Perak (9), Negeri Sembilan (9), Kedah (8), Sabah (6), Terengganu (4), Pulau Pinang (3), Kelantan (3) dan Pahang (1).
Setakat semalam, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 1.07.
Kelantan mencatatkan R-nought tertinggi semula pada 1.31, disusuli Terengganu (1.27), Perak (1.24), Sabah (1.17), Pulau Pinang (1.17), Kedah (1.16), Johor (1.14), Pahang (1.14), Kuala Lumpur (1.12), Putrajaya (1.11), Melaka (1.08), Sarawak (1.08), Selangor (1.06) dan Negeri Sembilan (0.92).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ