Sabah hari ini merekodkan penambahan 75 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,404 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kes di daerah Kota Kinabalu turun 71 kes, Penampang juga merekodkan penurunan kes tetapi Tuaran merekodkan peningkatan tinggi daripada 149 kes kepada 232 (+83) kes.
“Daripada jumlah 2,404 kes hari ini, 983 adalah kes lewat daftar antara dua sehingga tiga hari, 127 kes lewat daftar diantara empat sehingga lima hari dan 261 kes adalah didaftar lewat melebihi lima hari selepas keputusan ujian diketahui.
“Saringan kalangan kontak rapat menjadi penyumbang utama keseluruhan kes dengan 1,393 kes, saringan bergejala 755 kes dan 65 kes daripada kluster-kluster yang sedia ada.
“2,174 kes daripada 2,404 kes adalah warganegara Malaysia dan 230 adalah warga asing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, seramai 1,546 orang pesakit adalah dalam kategori 2, 719 dalam kategori 1, 14 orang dalam kategori 3, tujuh orang dalam kategori 4 dan 11 orang dalam kategori 5. 107 kes lagi masih dalam siasatan.
Katanya, seramai 27 orang pesakit adalah bayi dibawah umur satu tahun, 183 kes berumur antara satu sehingga lima tahun dan 455 kes antara enam sehingga 17 tahun.
“Setakat semalam 41.5 peratus penduduk dewasa Sabah telah pun melengkapkan pengambilan vaksin sementara 60.5 peratus telah memperolehi sekurang-kurangnya satu dos,” katanya. – Utusan Borneo

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ