Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 20,396 kes Covid-19 dan 336 kematian setakat hari ini dengan jumlah kematian mencecah angka 18,000.
Dalam kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,844,835.
Hisham berkata, terdapat 20,573 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 sebanyak 1,570,827.
Terdapat 255,789 kes aktif dengan 959 pesakit menerima rawatan intensif dan 436 memerlukan bantuan pernafasan.ADVERTISING
Sementara itu, sebanyak 336 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 18,219 kes.
Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 3,886.
Ia diikuti Sarawak dengan 3,747 kes, Johor (2,165), Sabah (2,136), Pulau Pinang (1,961), Kedah (1,587), Kelantan (1,078), Perak (1,057), Terengganu (861), Kuala Lumpur (597), Pahang (486), Melaka (459), Negeri Sembilan (269), Perlis (78), Putrajaya (25) dan Labuan (4).

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad