Kementerian Kesihatan melaporkan 17,352 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,862,187 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,714 kes.
Ia diikuti Selangor dengan 2,126 kes, Johor (2,101), Sabah (1,844), Kedah (1,599), Pulau Pinang (1,558), Kelantan (1,213), Perak (1,082), Terengganu (700), Pahang (463), Kuala Lumpur (398), Melaka (295), Negeri Sembilan (193), Perlis (38), Putrajaya (23) dan Labuan (5).
Ini kali pertama jangkitan harian Sarawak mencapai 3,000 kes, dengan rekod sebelum ini adalah 2,992 kes pada 2 Sept lalu.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong