Kejadian Tanah Runtuh di Kopungit, Presiden UPKO turun padang lihat keadaan penduduk

Hujan lebat beberapa hari lalu menyebabkan di Kampung Kopungit mengalami kerosakan akibat tanah runtuh.

Siang tadi, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Madius Tangau turun padang melihat keadaan sebenar kejadian.

“UPKO akan memberikan bantuan kepada penduduk kampung terjejas selepas mendapat maklumat rumah dan keluarga yang terjejas.

“Saya juga berharap pihak kerajaan dapat mempercepatkan pembaikan kerosakan akibat tanah runtuh untuk keselamatan penduduk kampung,” katanya.

Madius turut mengingatkan penduduk kampung sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi semua arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Kalau sekiranya diminta untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat, sila ikut arahan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.