Kementerian Kesihatan melaporkan 18,547 kes baharu Covid-19 dan 311 kematian, manakala 18,902 pesakit sembuh.
Inimenjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,880,734 kes setakat ini, dengan 1,609,930 daripadanya kes pulih dan 18,802 kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 252,002 kes aktif dengan 447 daripada 977 pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,200 kes.
Ia diikuti Selangor dengan 2,407 kes, Johor (2,174), Sabah (2,107), Pulau Pinang (1,776), Kedah (1,487), Kelantan (1,458), Perak (1,197), Pahang (742), Terengganu (645), Kuala Lumpur (631), Melaka (448), Negeri Sembilan (229), Putrajaya (22), Perlis (20) dan Labuan (4).

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong