Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima sejumlah 227 buah koleksi buku peribadi daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Chong Kah Kiat.
Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Tan Sri Chong Kah Kiat kepada Ketua Pustakawan UMS, Tuan Haji Zawawi Tiyunin dalam satu pertemuan ringkas di Pejabat Chong Kah Group Sdn Bhd baru-baru ini
Menurut Zawawi, sumbangan koleksi buku dari pelbagai bidang ilmu tersebut menambah lagi sumber akademik yang sedia ada di Perpustakaan UMS.
“Penambahan koleksi buku ini sudah semestinya memberi manfaat besar khususnya kepada para pelajar UMS, apatah lagi buku ini amat bernilai dan disumbangkan oleh seorang tokoh yang telah memberikan sumbangan besar kepada rakyat dan negeri Sabah.
“Perpustakaan UMS merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Chong Kah Kiat atas sumbangan ini yang sekali gus merupakan satu tanda sokongan beliau terhadap perkembangan ilmu di universiti,” katanya.
Dalam sesi pertemuan tersebut, Zawawi turut menyampaikan sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada Tan Sri Chong Kah Kiat.
Hadir sama Timbalan Ketua Pustakawan UMS, Md Sazali Md Salleh.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ