Penduduk dan pengguna laluan di Jalan Teluk Likas kawasan terkejut apabila satu kejadian lubang benam berlaku pada jam 12.05 tengahari hari ini.
Menurut Utusan Borneo, Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Api-Api Sim Fui yang mendapat aduan daripada penduduk berkenaan menjelaskan kejadian itu sangat membimbangkan.
“Selepas menerima aduan, saya bergegas ke lokasi kejadian, ia terletak di sebelah Dewan Maksak Likas.
“Diameter lubang benam berkenaan berkeluasan kira-kira 20 kaki dengan kedalaman hampir 10 kaki. Bagamanapun, nasib belum ada kemalangan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau juga menjelaskan perkara itu sudah disampaikan kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan jabatan berkaitan akan segera bertindak untuk membaiki kerosakan itu.
“Semua pengguna laluan ini diharapkan berhati-hati ketika memandu,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ